Pink Cherry
Patterned Text Generator at TextSpace.net

Monday 25 March 2013

Mari belajar bahasa syurga ! ♥ :’)


Mari belajar bahasa syurga ! ♥ :’)

1. Salam ukhwah fillah - salam persahabatan kerana Allah .
2. Ukhti - kakak atau saudara perempuan .
3. Akhi - abang atau saudara lelaki .
4. Zauj - suami .
5. Zaujah - isteri
6. Assif jiiddan - i’m really sorry
7. syukran-afwan - terima kasih - sama-sama
8. Ukhuwwah Fillah Abadan Abada - persaudaraan kerana Allah selama-lamanya
9. fa’iza ‘azamta fatawakkal’alallah - setelah kamu berazam maka bertawakkal lah
10. iinni akhafullah - sesungguhnya aku takutkan Allah
11. mafi qalbi ghairullah - tiada apa di dlam hati selain Allah
12. Lau samahta - excuse me
13. Naltaqi ghadan - kita jumpa lagi esok
14. Ilalliqa’ - Moga bertemu lagi
15. Syafaakallah - Moga Allah menyembuhkan awak – lelaki)
16. Syafaakillah -Moga Allah menyembuhkan awak – perempuan)
17. taffadhol - silakan
18. la aadri - saya tak tahu
19. ma fi musykilah - tiada masalah
20. Bitaufiq wannajah - semoga mencapai kejayaan
21. Jazakallahu khairan kathira - Semoga Allah memberi/menambah kebaikan yang banyak kepadamu
22. Wa iyyaka - dan ke atas kamu juga (jawapan utk jazakallahu khairan kathira)@Allahukhairujaza’ - Allah adalah sebaik-baik pemberi
23. fahimtum - adakah anda faham ?
24. fahimna - kami telah faham
25. sobahalkhair - selamat pagi
26. ijtahid wala taksal - bersunggguh-sungguh dan janganlah kamu malas
27. La Tahzan Innallaha Maana - Janganlah bersedih , sesungguhnya Allah bersamamu .
28. Kafaa bilmauti waa-‘izhan - cukuplah kematian itu menjadi peringatan
29. Bi idznillah , Inshaallah kull khayr ! Ameen , Barakallahu fiek - dengan izin Allah , inshaAllah semuanya baik ! Aamiin , semoga Allah merahmati kamu
30. masa ul khair - selamat petang
31. Tushibu ‘alal khair - selamat malam
32. Na’am - Ya
33. yallah yallah bisura’h - mari-mari cepat(lekas2)
34. ismahli ya ustaz/ustazah,uridu an azhaba ilal dauratul miah ?-tumpang tanya wahai ustaz/ustazah , bolehkah saya ingin ke bilik air ?
35. sannah helwah - happy birthday
36. ana aidon - saya juga
37. Maas salamah - Selamat tinggal
38. alaa khoirin wa afiyyah - dalam keadaan baik dan sihat
39. nin sain ? - kamu ada dimana ?
40. ayyuhidma alaik - apa yang boleh saya bantu
41. Barakallahu fik - Semoga Allah memberkati kamu
42. Dai’e - pendakwah
43. Allah ghoyatuna - Allah tujuan kami
44. Ar-Rasul qudwatuna - Rasul teladan kami
45. Al-Quran dusturna - Al-Quran panduan kami
46. Al-Jihad sabiiluna - Jihad jalan kami
47. Al-Mautu fi sabilillah asma amanina - syahid cita tertinggi kami
48. Innallaha ma’ana - sesungguhnya Allah bersama kami

Saturday 16 February 2013

Ketika Muslimah Jatuh Cinta?


Ketika Muslimah Jatuh Cinta.


Penyelesaian untuk masalah ummah yang sedang melanda. Untukmu sahabat-sahabatku yang sedang mengalaminya. Aku memahamimu :131:

Muslimah jatuh cinta?
:face2:

Tiada yang aneh kerana mereka juga adalah manusia. Bukankah cinta adalah fitrah manusia? Tak bolehkah muslimah jatuh cinta? Mereka juga punya hati dan rasa.

Tapi tahukah kalian betapa berbezanya saat cinta seorang lelaki menyapa hatinya? Tiada senyum bahagia, tiada rona malu di wajah, tiada buncah suka dan gembira di dada.

Namun yang berlaku adalah sebaliknya!

Ketika muslimah jatuh cinta, yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat atas sebuah hijab yang tersingkap.

Ketika lelaki yang tidak halal baginya mula bergelayut dalam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta sebenar-benarnya tidak suci lagi.:face41:

Ketika rasa rindu mulai merekah di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang perit atas sebuah rasa yang tak sepatutnya.

Tiada senyum bahagia, tiada rona malu. Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cintaNya yang ternoda. Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah. Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit.:face26:

Ketika muslimah jatuh cinta, bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut.

Tiada kata-kata cinta dan rayuan, yang ada hanyalah kekhuatiran yang amat sangat akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal atau bahkan tak akan pernah halal baginya.

Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah kegelisahan di hatinya yang tak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh.

Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu walaubagaimanapun caranya. Bahkan jikalau dia harus menghilang, maka itu pun akan mereka lakukan.

Alangkah kasihannya jika muslimah jatuh cinta, kerana yang ada adalah penderitaan!:face24:

Namun ukhti, bersabarlah. Ini ujian dari Rabbmu.

Matikan rasa itu secepatnya. Pasang tembok pembatas antara kau dan dia. Pasang duri dalam hatimu, agar rasa itu tak tumbuh bersemai. Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap.

Putar balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya.

Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu.

Jangan khuatir kau akan kehilangan cintanya kerana bila memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu. Tapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tak menghendakinya maka tak akan pernah kalian bersatu.:face41:

Ukhti, bersabarlah. Biarkan Allah yang mengaturnya. Maka yakinlah, semuanya akan baik-baik saja.

- Yang Latifah

Saturday 2 February 2013

Quotes, ;')


Aku takut, :face28:  dek kerana pandangan manusia,:131:  yang memuji-muji keindahan diri. Ketinggian iman. Hingga timbulnya riak di hati. :face24: Lihatlah aku, seperti orang lain, yang tidak lari daripada dosa.:face41: Kerana maksum hanya Rasulullah.
— Kerana keindahan itu adalah Islam.:face2: Bukan dirinya. Islam itu yang membuatkan dirinya indah.

Sunday 27 January 2013

Assalamualaikum reader, :face54:
Alhamdulillah baru selesai baca salah satu blog hamba yang saya amat kagum dengan sifat dia yang sangat mencintai rasulNya, penciptaNya, dan saudara-saudara seislam.. :face24:sedikit tersentuh dengan ayat-ayat cinta Nya..:131: ingat die tujukan untuk kekasih dia, tapi baru tahu bila baca sampai habis rupa-rupanya dia bercakap tentang Al-Quran yg telah lama dia tak baca, yang dah lama die tak dating same-same.. 
waahh.. sedeyhnye..:face41: hurmm.. siap bersayang-sayang lagi, cemburu bile ade orang yang macam tu,
Die siap tulis hadis lagi,:face26: dari Surah Al-Yunus ayat 57-58

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.(57)
Katakanlah (wahai Muhammad) "kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)".(58)

Walaupun sy tulis pasal agama2, :face19: saya tak lah baik sangat, dah tugas manusia menyebarkan dakwahnya, sy cuma berkongsi ilmu yang saya dapat kemudian sy sbarkan nya pda kamu semua..
 walaupun sy tahu ade orang yang mengata sy bajet Alim, pura-pura baik lah, tapi sy nk awk tahu, sy sbenarnya mencuba menjadi yg lebih baik, daripada sy menulis perkara yg tak mendapat sebarang faedah as Korea la, kutuk org la.. kann??  :face2: sy hrap ade yang faham persaan sy.. :face24: terima kasih kpd org sentiasa menyokong tulisan sy selama ni.. semoga hari kite lebih baik dari semalam..
 salam bermujahadah dengan hati..:131:
keep ISTIQOMAH dear, wasalam..  

Wednesday 16 January 2013

Ukhwah Kite Hingga Hujung Nyawa ^_^

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..

Tiga tahun kita duduk dalam kelas yang sama, tapi sekarang sekolah kita tak buat RK sampai form 5 kan? klu boley nak jer kelas same dengan korang, tapi.. aku buat pilihan nak amik aliran sain teknik,
hiehi.. aku la punca segala-gala puncanyee.. heheh.. tapi tak pe, walaupun bukan dalam kelas yang sama,
ukhwah kita akan tetap sama seperti dulu, malah aku rasa kite semakin rapat, ^_^ indahkan ukhwah kite yang terjalinnye,, hihiee.. walaupun aku boley dikatakan suke la jgk subjek bio, tapi aku lagi suke subjek Lukisan Kejuruteraan ni,, hahaa bley lukis-lukis, tak nak hafal-hafal bagai, hihiee~~ malas!
Gambar nie kenangan kite waktu buat solat tarawih and solat hajat hari tu,,, sweetnye korang... 
tapi Kinah tak sempat nak bergambar dengan kite.. sedeyy... ;(


*dari kiri Husna, Ezzaty , Atifah dan yg tudung pink tu..... ;) hehe*
sweet kan,, tomei je korang.. atotoo.. hahak3


haha.. ni skuad mane?? hihiee... ^_^
tak ajak aku join pun.. ni gambar kite waktu kat homestay.. 
kenangan dengan cikgu2 practical, 2 hari 1 malam.. kejap sangat kan?
rinduu nak study macam tu lagi.. =)


Ni family kite waktu form 2 dengan cikgu sarbani , hihik.. 
semua muka budak-budak.. TERBAEKK!!


ok, that's All.. May Allah bless u my lovely friend.. saayaannng korang,,
key, tq baca.. sje nk release tension ckit, baru lepas buat ADD MATH- subject yg paling 
disukai and memeningkan sekali gus mengajar kite menyelesaikan masalah.. hihiee.... key.. 
ASSALAMUALAIKUM,, ^_^

Thursday 27 December 2012

Sayang kerana ALLAH ^__^



Sayangilah seseorang kerana Allah. Apabila dia pergi, kita tidak terlalu sedih. Apabila dia dekat, kita cuba jauhi dia. Apabila dia jauh, kita selalu mendoakannya. Apabila dia dikahwini dengan orang selain kita, kita bahagia untuk dia dan redhai kehendak Allah s.w.t. Sayangilah seseorang kerana Allah. Segala yang baik datang dari Allah. Berserahlah. Segala yang buruk pula pasti punyai pelajaran yang baik buat kita. Bersabarlah. Sayangilah seseorang kerana Allah. Pelajarilah dari kesilapan kita yang lalu. Jauhilah sebarang hubungan yang haram. Jangan bawa orang yang kita sayang lebih dekat ke pintu neraka. Sayangilah dia kerana Allah dan kita tidak akan berani menyentuh atau memandangnya dengan pandangan yang jahat. Kita sangat menghormatinya. Sayangilah seseorang itu kerana Allah.

"Cinta?"




Salahkah jika aku kata, kita dilahirkan untuk bercinta?

Tanpa cinta yang menebal kepada Tuhan.
tak akan lahir askar-askar sehebat tentera Salahudin Al-ayubi.

Tanpa cinta yang suci tulus ikhlas kepada Tuhan.
tak akan lahir lelaki seperti Saidina Ali.

Tanpa cinta yang menebal kepada Tuhan,
tak akan mungkin Nabi Ibrahim sanggup mengorbankan anaknya tanpa ragu-ragu.

#Maka, suburkanlah cinta yang ada dalam diri. Sehingga kita sanggup mengorbankan hak diri, demi Allah yang dicintai.

Bukankah cinta Allah wujud dalam diri kita sejak azali?