Pink Cherry
Patterned Text Generator at TextSpace.net

Thursday 27 December 2012

Sayang kerana ALLAH ^__^



Sayangilah seseorang kerana Allah. Apabila dia pergi, kita tidak terlalu sedih. Apabila dia dekat, kita cuba jauhi dia. Apabila dia jauh, kita selalu mendoakannya. Apabila dia dikahwini dengan orang selain kita, kita bahagia untuk dia dan redhai kehendak Allah s.w.t. Sayangilah seseorang kerana Allah. Segala yang baik datang dari Allah. Berserahlah. Segala yang buruk pula pasti punyai pelajaran yang baik buat kita. Bersabarlah. Sayangilah seseorang kerana Allah. Pelajarilah dari kesilapan kita yang lalu. Jauhilah sebarang hubungan yang haram. Jangan bawa orang yang kita sayang lebih dekat ke pintu neraka. Sayangilah dia kerana Allah dan kita tidak akan berani menyentuh atau memandangnya dengan pandangan yang jahat. Kita sangat menghormatinya. Sayangilah seseorang itu kerana Allah.

"Cinta?"




Salahkah jika aku kata, kita dilahirkan untuk bercinta?

Tanpa cinta yang menebal kepada Tuhan.
tak akan lahir askar-askar sehebat tentera Salahudin Al-ayubi.

Tanpa cinta yang suci tulus ikhlas kepada Tuhan.
tak akan lahir lelaki seperti Saidina Ali.

Tanpa cinta yang menebal kepada Tuhan,
tak akan mungkin Nabi Ibrahim sanggup mengorbankan anaknya tanpa ragu-ragu.

#Maka, suburkanlah cinta yang ada dalam diri. Sehingga kita sanggup mengorbankan hak diri, demi Allah yang dicintai.

Bukankah cinta Allah wujud dalam diri kita sejak azali?

Wednesday 26 December 2012

The Promise of ALLAH

The promises of Allah


Me:Will I be protected by Allah?
Allah:Truly, Allah defends those who believe.[22:38]
Me:Will anyone ever overcome me?
Allah:And never will Allah grant to the disbelievers a way (to triumph) over the believers. [4:141]
Me:Will Allah forgive me for the bad I have done?
Allah:Allah has promised those who believe and do righteous deeds [that] for them there is forgiveness and great reward. [5:9]
Me:Will I have peace and security?
Allah:They who believe and do not mix their belief with injustice - those will have security, and they are [rightly] guided. [6:82]
Me:Will my ending be good?
Allah:For those who believe and work righteousness, is (every) blessedness, and a beautiful place of (final) return. [13:29]
Me:Will I be protected against the devil?
Allah:No authority has he (i.e. Shaitaan) over those who believe and put their trust in their Lord. [16:99]
Me:Will people love me as a Muslim?
Allah:Verily, those who believe and work deeds of righteousness, the Most Gracious will bestow love for them.[19:96]
Me:Will Allah be my friend?
Allah:And Allah is the Wali (Protector and Helper) of the believers. [3:68]
Me:Will Allah be with me?
Allah:For verily Allah is with those who believe! [8:19]
Me:Will I have a good life?
Allah:Whoever does righteousness, whether male or female, while he is a believer - We will surely cause him to live a good life, and We will surely give them their reward [in the Hereafter] according to the best of what they used to do. [16:97]


Saturday 1 December 2012

Take A Note Dear Muslimah :)


"Orang perempuan JANGAN MUDAH TERTIPU dengan ayat lelaki yang MENGORAT versi baik:
"saya tertarik dengan status-status tazkirah awak di facebook.." atau "saya nak awak bimbing saya jadi baik.." dan yang sewaktu dengannya..

Ketahuilah, lelaki itu FITRAHNYA MEMBIMBING WANITA, bukan dibimbing wanita..dan jika betul dia inginkan bimbingan, dia pasti akan MENCARI SAHABATNYA yang SOLEH ataupun PARA UST
AZ..

:: Lelaki yang BAIK adalah lelaki yang boleh membimbing wanita ke jalanNya, BUKAN MENGHANYUTKANNYA ::

p/s : Jika dia mencari kamu sebagai 'PEMBIMBING', sangat pasti ada udang di sebalik mee..HATI-HATI dengan AYAT LUNAK ORANG LELAKI.."

Sayang Ayah.. ^_^

Seorang gadis kecil bertanya kepada ayahnya, "Abi, ceritakan kepadaku tentang wanita sejati"

Ayah pun menoleh kemudian tersenyum....Anakku,

* Seorang wanita sejati BUKANlah dilihat dari kecantikan PARAS wajahnya, MELAINKAN dari kecantikan HATI yang ada di baliknya..

* Wanita sejati BUKAN dilihat dari BENTUK TUBUHnya yang mempesona, MELAINKAN dilihat dari sejauh mana ia MENUTUPI BENTUK TUBUHnya..
* Wanita sejati BUKAN dilihat dari begitu BANYAKNYA kebaikan yang ia berikan, MELAINKAN dari KEIKHLASANNYA memberikan kebaikan itu..
* Wanita sejati BUKAN dilihat dari seberapa INDAH LANTUNAN SUARANYA, MELAINKAN dari apa yang SERING MULUTNYA BICARAKAN..
* Wanita sejati BUKAN dilihat dari keahliannya BERBAHASA, MELAINKAN dari bagaimana CARA ia BERBICARA...


Ayah diam sejenak sembil melihat ke arah puterinya.

"Lantas apa lagi Abi?" sahut puterinya...

Ketahuilah puteriku...
* Wanita sejati BUKAN dilihat dari KEBERANIANNYA dalam BERPAKAIAN, MELAINKAN sejauh mana ia berani MEMPERTAHANKAN KEHORMATANNYA..
* Wanita sejati BUKAN dilihat dari KEKHAWATIRANNYA DIGODA orang di jalan, MELAINKAN KEKHAWATIRAN DIRINYAlah yang MENGUNDANG ORANG JADI TERGODA..
* Wanita sejati BUKANlah dilihat dari seberapa BANYAK dan BESARNYA UJIAN yang ia jalani, MELAINKAN sejauh mana ia MENGHADAPI UJIAN itu dengan penuh rasa SYUKUR..
dan ingatlah..
* Wanita sejati BUKAN dilihat dari SIFAT SUPELNYA DALAM BERGAUL, MELAINKAN sejauh mana ia bisa MENJAGA KEHORMATANNYA DALAM BERGAUL..

CouPLe IsLamIc ?

" .. Jom makan babi Islam! .. "

~COUPLE ISLAMIK~



Apa 2?? Jom baca kisah ni..kot2 faham..Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah. beberapa tahun berlalu...

Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple.

"COUPLE ISLAMIC"







Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi.
Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu. Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC.
Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya,
"Have you married?".
"No.", jawab Safura.
"So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad.
"Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq.
Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.
"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu.
Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar.
Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun.
Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam ;)

P/s : Couple itu Haram..Jauhi Pergaulan bebas..